Rabu, 20 Agustus 2014

MASJIDIL SHEIKH ZAYED

Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia.Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan2007.
Masjid Sheikh Zayed memegang beberapa rekod dunia:
  • Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" dan dibuat oleh "Iran's Carpet Company" hasil rekaan artis Iran Ali Khaliqi. Karpet ini berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.
  • Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.
Kedua-dua rekod ini sebelum ini dipegang oleh Masjid Besar Sultan Qaboos di Oman.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar